ARIO PRESS telah ditubuhkan  pada 31hb Januari 2003 adalah sebuah syarikat percetakan yang akan terus maju bagi menyahut cabaran kerajaan iaitu mengalakkan kaum bumiputera mempelopori bidang perniagaan terutamanya kerja-kerja percetakan. Sebagai sebuah syarikat kepunyaan bumiputra sepenuhnya kami komited memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada setiap pelanggan kami.

Seiring dengan objektif utama syarikat kami iaitu memberikan yang terbaik kepada pelanggan, kami juga sentiasa melengkapkan syarikat kami dengan ilmu dan teknologi yang terkini. Pelbagai masaalah didalam bidang ini juga dikenal pasti agar kami dapat  memastikan kelancaran setiap tugas yang diberi. Untuk objektif yang sama, Kami amat yakin dengan adanya tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang percetakan bernaung dibawah syarikat kami.

Dalam percetakan,‘standard’ kualiti kerja sentiasa dijaga agar dapat terus bersaing dengan menawarkan perkhidmatan yang cemerlang pada harga yang kompetatif. Qualiti adalah amat penting untuk memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan agar mereka mendapat hanya yang terbaik daripada kami. Bagi kami kunci kejayaan sesebuah syarikat percetakan ialah perkhidmatan yang telus, cekap dan berkualiti tinggi.