PERKHIDMATAN SYARIKAT

a.    Perkhidmatan Percetakan (Printing)
Kualiti perkhidmatan ini bergantung kepada ketepatan dan kepantasan kami menguruskan sesuatu produk. Pelanggan bukan saja akan mendapat produk yang berkualiti bahkan kami juga menawarkan harga yang berpatutan serta memenuhi kehendak mereka.

b.    Reka Grafik dan Aturhuruf (Design and Typsetting)
Idea yang baik perlu direalisasikan, oleh itu kami hanya mengunakan idea-idea yang terbaik dalam membuat reka bentuk sesuatu produk. Kami juga memastikan pereka bentuk (Designer) sentiasa peka kepada perkembangan semasa, disamping itu rekaan mestilah berteraskan thema dan tajuk yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

c.    Alatulis dan Cenderamata (Stationery and Souvenir)
Selain daripada menyediakan  cenderamata dan Alatulis yang terbaik kepada pelanggan, jaminan penghantaran tepat pada waktunya serta jaminan kualiti barangan tersebut dijamin oleh pihak kami. Kami juga selalu memberi khidmat nasihat dalam pemilihan barangan cenderamata dan alatulis yang sesuai bagi keperluan pelanggan kami.

d.    Penjilitan Buku Kulit Lembut dan Keras (Binding)
Satu lagi cabang perkhidmatan yang memerlukan hasil kerja yang kemas dan teliti. Hasil kerja memuaskan adalah tarikan kepada pelanggan kami.